1.Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
2.Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
3.Sebagai contoh anda menaip (koleksi pantun) di dalam kotak pencari. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “koleksi” + “pantun”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
4.Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “koleksi pantun”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
5.Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
6.Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
Di atas kain kesumba murup,
Sapantun budi kami terima,
Menjadi kenangan seumur hidup.
ingatttttt....!!!
amalan PLAGIAT dilarang sama sekali tau....
kongsi boleh,,,
tiru jangannn!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan