PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Rabu, April 13, 2011

Tajuk 1- Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu




1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah:





1.3.1 Alamat Internet

Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet:

Koleksi Pantun:
http://www.angelfire.com/ms/SueMarie/koleksipantun.html


Pantun Budi:
http://penyair.wordpress.com/2007/04/11/pantun-budi/


Memperkasa Pantun Melayu:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm


Pantun Melayu:
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm


Koleksi Sajak Melayu:
http://puisisajakmelayu.blogspot.com/2008/05/melayukah-kita.html


Koleksi Syair:
http://www.pnm.my/manuskrip/melayu/03koleksi/303_syair.htm?uid=default&keyword=syair+siti+zubaidah&view_records=1&E=1&X=1&category=-1#





1.3.2 Katalog Alamat Internet.

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam jadual.Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh di sini:
Katalog Alamat Internet


MySpace
ingatttttt....!!!
amalan PLAGIAT dilarang sama sekali tau....
kongsi boleh,,,
tiru jangannn!!




Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini...Sama-sama kita mencintai BAHASA...didiklah dirimu mencintainya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...