PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Rabu, April 13, 2011

Tajuk 2-Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (2.2.1)




2.2 Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Dalam tajuk ini, saya telah mengumpul bahan-bahan teks, audio, video, serta grafik mengikut kemahiran lisan. Melalui bahan-bahan yang dikumpul, saya dikehendaki menyediakan langkah-langkha pengajaran bagi kemahiran ini.

1.Kemahiran Lisan(Mendengar dan bertutur)

Teks

Langkah Pengajaran bagi Kemahiran Lisan

1. Guru menayangkan gambar-gambar binatang di hadapan kelas
2. Guru menyoal beberapa orang murid nama-nama binatang yang dilihat.
3. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi binatang kepada murid.
4. Murid diminta menyatakan nama binatang berdasarkan bunyi-bunyi yang didengari secara beramai-ramai.
5. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyatakan nama binatang berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.
6. Guru meminta murid berada di dalam kumpulan.
7. Guru menjalankan permainan teka teki yang berkaitan dengan binatang.
8. Murid diminta memberikan jawapan dengan membuat bunyi binatang yang betul.
9. Guru merumuskan pengajaran dan memperdengarkan lagu nama-nama binatang.
10. Murid menyanyi bersama-sama.


Pantun teka teki.

1. Perahu mudik ke hulu mandai,
Perahu bermuat seguni bijan,
Kalau adik bijak dan pandai,
Binatang apa memanggil hujan?

2. Berjalan-jalan keliling kota,
Singgah di pasar bertemu Limah,
Binatang perliharaan cubalah teka,
Sentiasa setia menjaga rumah.

3. Pergi ke pekan membawa isteri,
Membeli sebekas kuih bahulu,
Kalau adik bijak bestari,
Apa binatang jenis berbulu?

4. Pak leman, seorang nelayan,
Sering menjala bersama raju,
Apakah binatang sila nyatakan,
Bergerak pantas berlari laju.

5. Hari minggu keluar ke pekan,
Berbaju kemeja berkain sarung,
Boleh berenang, bukannya ikan,
Bersayap pula, bukannya burung.


Grafik

NAMA NAMA BINATANG



Audio

Sila klik untuk mendengar.

Kucing

Itik

Anjing




Video





MySpace
ingatttttt....!!!
amalan PLAGIAT dilarang sama sekali tau....
kongsi boleh,,,
tiru jangannn!!



Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini...Sama-sama kita mencintai BAHASA...didiklah dirimu mencintainya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...