PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Ahad, April 10, 2011

PERIBAHASA-A siri 1




ada air ada ikan : tiap-tiap negeri ada penduduk dan adat resamnya
ada bangkai ada hering : di tempat ada perempuan jahat, di situ lalaki jahat berkumpul
ada bau ada bangkainya : apabila ada berita kejahatan disebarkan orang, tentulah perbuatan jahat telah dilakukan
ada bukit ada paya : manusia itu tidak sama keadaannya
ada gula ada semut : di tempat yang senang mata pencarian di situ ramailah orang berhimpun
ada hujan ada panas : senang dan susah selalu silih berganti
ada ulam hendak akan sambalnya : tiap-tiap suatu itu hendaklah dicari penyesuaiannya
adakah duri dipertajami : jangan menolong musuh
adakah hilang bisa ular menyusur akar? : tiada hilang kemuliaan seseorang jika memuliakan diri
ada nasi di sebalik kerak : ada sesuatu rahsia dalam sesuatu kejadian yang berlaku
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras : seseuatu pekerjaan akan dapat dijalankan denganlancar dan sempurnajika bayaran mencukupi
ada persembahan adalh kurnianya : jika berbudi kepada seseorang yang budiman nescaya ada balasannya
ada tenaga hendak memanjat tiang : orang yang suka membuat perkara yang ditegah oleh agama dan adat
akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba : sesuatu cadangan itu jika dipertimbangkan dan dihalusi semakin baiklah hasilnya.
aku alah engkaulah menang : suatu jawapan kepada orang yang bodoh sombong yang tidak manhu mengaku kesalahannya
alah sabung menang sorak : orang yang telah kalah tetapi bercakap besar
alang-alang berdakwat biar hitam : setiap perkara yang dilakukan biarlah sempurna sampai akhirnya
amra jangan disangka kedondong : sebelum kita periksa sesuatu itu jangan disamakannya walaupun keduanya nampak seruoa
anak badak dihambat-hambat : orang yang sengaja mencari bahaya
anak baik menantu molek : orang yang beroleh keuntungan berganda-ganda

sumber : Khazanah Peribahasa Melayu
(SULAIMAN ZAKARIA)
MySpace
ingatttttt....!!!
amalan PLAGIAT dilarang sama sekali tau....
kongsi boleh,,,
tiru jangannn!!


Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini...Sama-sama kita mencintai BAHASA...didiklah dirimu mencintainya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...